Kesakitan Haid !

Adakah ia menjejaskan kehidupan anda?

Adakah anda mengalami kesakitan masa kedatangan haid yang semakin kuat atau kesakitan bahagian pelvik kebelakangan ini ? Ia mungkin bukan setakat ‘ kesakitan haid ‘ yang normal. Sebaliknya ia mungkin adalah tanda-tanda suatu penyakit yang biasa tetapi serius, yang dikenali sebagai ENDOMETRIOSIS.

Apakah itu ENDOMETRIOSIS ?

Tisu yang menyelaputi bahagian dalam rahim dinamakan endometrium. Apabila tisu ini tumbuh di luar rahim, maka keadaan ini dikenali sebagai endometriosis. Apabila di luar rahim, tisu endometrial ini akan bertumbuh menjadi ketumbuhan luar biasa yang menyakitkan dan ini akan menyebabkan kesakitan semasa kedatangan haid dan kekejangan yang serius. Ia juga boleh mengakibatkan ketidaksuburan!

Endometriosis menjejaskan kehidupan berjuta-juta wanita sedunia yang berada dalam lingkungan umur kesuburan.

Apakah punca-punca endometriosis?

Belum di ketahui secara pasti punca sebenar endometriosis. Walau bagaimanapun, beberapa teori telah dikemukakan untuk menjejaskan kejadian penyakit ini.

Tanda-tanda & simptom-simptom

Tanda-tanda dan simptom-simptom yang biasa terjadi pada wanita yang menghadapi endometriosis termasuklah: kesakitan masa kedatangan haid yang semakin serius, kesakitan bahagian pelvik ke-belakangan ini, kesakitan yang kerap atau serius pada bahagian bawah abdomen, vagina, dan/atau bahagian tulang belakang semasa kedatangan haid. Terdapat juga sesetengah wanita yang tidak menunjukkan sebarang simptomwalaupun mereka mempunyai endometriosis yang serius.
1. Kesakitan masa kedatangan haid kebelakangan ini atau kesakitan yang semakin kuat.

2. Kemunculan tanda-tanda berdarah beberapa hari sebelum kedatangan haid.

3.Kedatanagan haid yang banyak, tidak menentu atau sakit.

4. Kesakitan pelvik semasa persetubuhan

5. Ketidaksuburan

6. Kesusahan membuang air besar semasa kedatangan haid.

7. Keletihan, kepenatan dan tidak bermaya.

Bagaimanakah endometriosis didiagnosiskan?

Berdasarkan sejarah perubatan pesakit, tanda-tanda & simptom-simptom untuk endometriosis, jika doktor anda mengesyaki yang anda menghidapi endometriosis, diagnosis yang tepat boleh dilakukan melalui prosedur laparoskopi. Dalam prosedur pembedahan kecil pesakit luar ini, satu tiub langsind penyalur cahaya akan dimasukkan ke dalam abdomen anda untuk memeriksa keadaan organ-organ abdomen anda untuk memeriksa keadaan organ-organ abdomen anda di samping menentukan saiz dan perkembangan pertumbuhan endometrial anda.

Bagaimanakah endometriosis dirawati?

Cara rawatan endometriosis adalah berbeza dan ditentukan setelah mengambil kira keperluan setiap pesakit. doktor anda akan meneliti umur anda, simptom-simptom, keinginan untuk mengandung dan tahap penyakit sebelum menentukan
rawatan anda.
Secara amnya, terdapat 3 cara rawatan:

* Terapi perubatan untuk mengurangkan saiz ketumbuhan endometrial.
* Pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan endometrial.
* Gabungan pembedahan & terapi perubatan.
Terapi perubatan akan mengurangkan paras hormon wanita dan seterusnya menjejaskan kitaran haid bulanan. Dengan itu, pertumbuhan tisu endometrial akan dikurangkan di samping menghilangkan simptom-simptom endometriosis untuk jangka masa yang panjang. Jika terapi perubatan diperlukan, analog GnRH ( Hormon Sekresi Gonadotropin ) merupakan pilihan yang digemari.

Jangan membiarkan endometriosis mengancam kehidupan
anda.

Endometriosis boleh dirawat. Anda perlu yakin dengan cara rawatan yang dipilih. Sila dapatkan nasihat doktor anda!

Tinggalkan komen