10 TANDA-TANDA AMARAN KANSER!

1. Perubahan dalam ‘corak’ pembuangan air besar atau air kecil yang berterusan dalam jangkamasa 2-3 bulan.

2. Luka atau bisul yang tidak sembuh, berterusan warna, berdarah atau ulser.

3. Pendarahan luar biasa atau terdapat lelehan daripada mana-mana bahagian badan.

4. Pendarahan luar biasa dari hidung, pekak atau bunyi deringan di dalam telinga.

5. Terdapat ketulan yang tumbuh secara tiba-tiba dan tidak hilang diikuti dengan sakit.

6. Senak atau kesukaran untuk menelan.

7. Sakit yang berterusan dan ketidakselesaan pada bahagian abdomen.

8. Suara menjadi serak atau batuk melebihi 2 minggu terutama pada mereka yang tidak merokok. Batuk penghisap rokok yang bertambah teruk.

9. Perubahan pada tompok kulit, ketuat/kutil atau tahi lalat.

10. Rasa letih sentiasa dan/atau kehilangan berat badan yang mendadak ( 10% atau lebih ) dalam masa 3-6 bulan.

PENCEGAHN & PENGESANAN AWAL KANSER

Adalah dipercayai bahawa 2/3 daripada semua jenis kanser boleh dicegah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.Untuk jenis kanser yang boleh dikesan awal, terdapat 80% peluang untuk terus hidup. Kanser yang dikesan lebih awal boleh menyelamatkan nyawa.

Gaya Hidup sihat: Anda boleh mengurangkan risiko menghidap kanser dengan mengamalkan cara hidup sihat. Ini bermaksud :

* Jangan merokok
* Aktif setiap hari
* Mengekalkan berat badan unggul
* Makan banyak sayuran, buah-buahan dan bijirin
* Makan makanan yang rendah lemak, gula dan garam
* Kurangkan pengambilan alkohol
* Sedar mengenai kesan sinaran matahari

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: