PERKEMBANGAN AWAL BAYI

Murilo x 5 by Hick Duarte


Perkembangan Fizikal



Sebagai seorang ibu atau bapa, melihat anak anda membesar dan berkembang dengan sihat adalah suatu pengalaman yang paling menggembirakan. Dalam tempoh 12 bulan pertamanya, anda pasti akan berasa kagum melihat bagaimana dia membesar dengan cepat. Bahkan, tempoh ini juga, beberapa peristiwa penting akan berlaku di mana dia akan menguasai beberapa kemahiran dari segi fizikal, mental dan social. Beberapa kemahiran ini biasanya dapat dikuasai oleh kebanyakan bayi yang sedang membesar dan secara tidak langsung anda mungkin dapat meramalkan waktu yang tepat bila ia akan berlaku. Kemahiran yang telah dikuasainya bukan hanya diukur dari segi apa yang dia telah lakukan tetapi bagaimana dia melakukannya. Dalam erti kata lain, bayi akan membesar serentak dengan kemampuannya untuk menguasai kemahiran tersebut. Biarkan bayi anda menguasai beberapa kemahiran mengikut kemampuannya serta berilah dia peluang untuk melakukannya mengikut kadar kebolehannya sendiri.



Sementara itu, anda hanya perlu memberikannya sepenuh kasih sayang, sokongan dan dorongan yang berterusan serta membantunya dalam menguasai kemahiran- kemahiran tersebut pada peringkat yang berbeza terutamanya dalam tempoh satu tahun ini. Anak anda pasti akan berasa seronok berdamping dengan anda ketika menempuh pelbagai dugaan dalam menguasai kemahiran- kemahiran seperti yang telah disenaraikan di bab seterusnya. Adalah diingatkan bahawa setiap bayi mempunyai kadar perkembangan yang berbeza. Maka , saya menyediakan bahagian seterusnya, seharusnya dijadikan sebagai panduan untuk anda semata – semata.




Perkembangan fizikal



Perkembangan tubuh badan Mengawal pergerakan tangan Mengawal daya penglihatan



(kemahiran) (kemahiran)



1 BULAN



20090208_LaurenKay_0003 by TMac_79









20090208_LaurenKay_0003 by TMac_79



Sejak lahi, bayi akan sentiasa berada di dalam kedudukan mengerekot. Rangka kepalanya sangat lembut ( otot leher masih tidak kuat untuk menyokong kepalanya). Kakinya lebih cenderung dalam posisi membengkok dan hanya berupaya mengangkat sedikit kepalanya untuk menoleh kea rah kiri dan kanan.


Masih tidak pandai mengawal pergerakkan tangannya kerana tangannya masih cenderung berada dalam posisi menggenggam.




20090208_LaurenKay_0004 by TMac_79


Daya penglihatannya masih belum berfungsi dengan sempurna. Belajar untuk memfokus pada jarak 10 inci ( 25 sm ).




Looking back by josephine casanova



2 BULAN



20090208_LaurenKay_0002 by TMac_79








Pandai menggeliat.


Boleh mengangkat kepalanya pada 45 darjah selama beberapa minit.




Bayi akan membuka dan menggenggam tangannya sesuka hati.



Menghabiskan masa meneliti bagaimana rupa parasnya, menyelami perasaannya sendiri dan menerokai pergerakannya.


Sangat suka melihat tangan dan jari – jemarinya apabila diletakkan berdekatan kea rah mukanya.



 by amycarol2005



3 BULAN



Lukas Black & White by Johnny Risberg









Badannya tidak lagi mengerekot. Dia boleh mendepangkan lengan dan kakinya. Dapat menendang dengan kuat. Apabila didukung dalam keadaan menegak, dapat mengawal pergerakkan kepalanya.



Cup O' Cute by Betzography


Mungkin tidak berapa pandai menggunakan tangannya untuk mencapai objek yang berdekatan dengannya.



Tidak berupaya untuk menggenggam sesuatu untuk masa yang lama.


Mula mengetahui hubungan antara melihat dan membuat sesuatu.


Melihat tangannya dengan penuh perhatian dan amat khusyuk.


Mengajuk pergerakkan badan orang lain.


Mula pandai merenung mata orang dewasa dan akan tersenyum buat pertama kalinya.




4 BULAN


Christian - 6 Months by R_Moncada









Dapat berpusing dari posisi melenting kemudian meniarap, menyokong berat badan dengan lengannya.


Akan mula menghisap jari dan bermain – main dengan tanganya seolah – olah dia baru menemui tangannya.



Akan menyentuh apa sahaja yang dia Nampak. Tibalah masanya bagi anda memberikan mainan untuknya.


Boleh melihat sesuatu objek dan dapat meneka jarak objek tersebut dan cuba mencapainya.


Amat menyukai warna – warna terang.


5 BULAN



new york baby photography by Dalia Drulia








Apabila diletakkan dalam keadaan meniarap, dapat mengangkat kepalanya.



Dapat berpusing dari posisi meniarap dan kemudian melentang.


Belajar untuk memegang objek, dengan membuka dan kemudian menggenggam jari – jemarinya.


Daya penglihatannya akan menjadi lebih baik dan boleh memfokus pada sesuatu objek pada apa jua jarak dan mengikuti pergerakan objek tersebut..



6 BULAN


IMG_8261 by springday








Mungkin dapat duduk tanpa sokongan untuk beberapa saat.


Dapat mengangkat kepalanya ketika berbaring.



Perhatian : Giginya yang pertama mungkin akan tumbuh pada usia 6 bulan, namun setiap bayi adalah berbeza.


Boleh memegang sesuatu objek dengan jari tangannya dan mungkin boleh menggerakkan pergelangan tangannya.



Little Daughter by GuadaScholar Tlamatini c/s



Memasukkan semua benda dalam mulut.


Dapat memfokus dan menilai jarak sesuatu objek.



Dapat membezakan antara objek yang kecil/besar.



7 BULAN


The best job in the world...is to be a baby... :D by nicolas's Photography Le Mans








Keupayaannya untuk duduk menjadi lebih baik, mungkin akan cuba mengimbangi badannya.


Dapat memegang sesuatu objek dengan kedua-dua belah tangannya.



Mula mencuba untuk menggunakan tangannya untuk makan.


Dapat memfokus dan menilai jarak sesuatu objek.



Dapat membezakan antara objek yang kecil/besar.



8 BULAN


Marc 1 by barlowdoug








Dapat duduk dengan baik tanpa perlu disokong jika dia tidak bergerak.


Mungkin badannya akan bergoyang ke hadapan atau kebelakang.


Tindakbalas refleks penggenggamannya menjadi lebih baik.


Dapat mengutip objek kecil dengan ibu jari dan telunjuk.



Boleh melambaikan tangannya.


Mengenali wajah- wajah yang biasa dilihatnya.



9 BULAN


little fish by obstacle0ne









Berusaha untuk merangkak dan mneyokong berat badannya dengan menggunakan tangan dan lutut. Boleh menukar kedudukannya daripada berbaring kepada duduk.


Dapat mengawal pergerakan setiap jari-jemarinya.



Mula menggunakan jari telunjuk untuk mencucuk atau menunjukkan sesuatu.


Lebih bijak memfokus – pandai mencari objek yang telah terjatuh dan tersembunyi atau disembunyikan.



10 BULAN


I'm in love....... I'm all shook up by kees straver








Merangkak dengan tangan dan kaki yang lebih tegak. Mungkin akan mengundur buat seketika.


Menarik sesuatu benda sebagai sokongan untuk berdiri. Sesetengah bayi akan terus berdiri tegak dan berjalan tanpa peringkat merangkak.


Akan menerokai setiap objek baru dengan tangannya.



Berupaya untuk memegang dua objek dengan sebelah tangan tetapi mungkin sedikit cuai apabila hendak melepaskannya.


Lebih bijak memfokus – pandai mencari objek yang telah terjatuh dan tersembnyi atau disembunyikan.



11 BULAN HINGGA 12 BULAN


It's this big by Spike Fisher







Berjalan mengiring atau ke hadapan dengan memegang seseorang atau perabot.



Mungkin pandai bertatih dan berjalan jatuh.


Dapat mengawal pergerakan tangannya dengan lebih baik.



Dapat mengutip benda-benda kecil seperti butang baju.



Berlajar untuk mencampakkan barang dengan sengaja.






Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: