Are you experiencing any of these symptoms??? Adakah anda mengalami tanda-tanda ini???

?Nausea, vomiting , stomach discomfort
loya, muntah, perut tidak selesa

?Pain caused by bloating
sakit akibat kembung perut

?Feeling full after a small intake food
rasa kenyang walaupun makan sedikit

?Frequent belching
kerap sendawa

It Could Be Indigestion ( Dyspepsia)
Anda mungkin mengalami masalah penghadaman ( Dispepsia )

1. Apakah itu Dispepsia atau senak ?
Dispepsia boleh didefinisikan sebagai sakit yang berlarutan dan berulang-ulang , atau rasa tidak selesa pada bahagian atas abdomen. Dispepsia, yang biasanya disebut senak atau pedih hulu hati, dianggarkan berlaku pada 25-30% orang dewasa setiap tahun.

2. Apakah gejala dispepsia?
Gejala utama dispepsia ialah:

* sakit pada bahagian abdomen kerana kembung
* kerap bersendawa
* kerap kembung perut
* Cepat terasa kenyang walaupun memakan dengan sedikit sahaja.
* Rasa loya, muntah-muntah, rasa tidak selesa pada perut

3. Bilakah harus saya berjumpa doktor ?
Gejala yang berkait dengan dispepsia ada kalanya boleh membayangkan penyakit yang lebih serius di sebaliknya.

Anda harus berjumpa doktor dengan sekiranya anda:

– Selalu berasa senak
– Berusia lebih daripada 45 tahun
– Sukar menelan
– Mendapati najis anda hitam melekit-lekit
– Berak darah atau muntah darah
– Baru-baru ini susut berat badan walaupun tidak mencuba untuk berbuat demikian
– Merasakan suatu ketulan di bahagian perut anda

4. Bagaimanakah Dispepsia dirawat?
Dipepsia boleh dirawat dengan ubat seperti:

– Antasid, iaitu ubat yang meneutralkan asid di dalam perut, contohnya aluminium hidroksida, magnesium hidroksida, kalsium karbonat.

– Ubat prokinetik, seperti itoprida, yang mencepatkan pergerakan makanan menerusi perut dan melegakan gejala dipepsia

– Penindas asid, yang menghentikan pengeluaran asid oleh sel-sel perut dan boleh diberikan bersama-sama dengan ubat prokinetik

– Rawatan jangkitan H.pilori dengan antibiotik

– Ubat-ubat tertentu yang perlu dimakan, seperti NSAID, boleh menyebabkan dispepsia. Ini mungkin memerlukan doktor anda menukar ubat untuk melegakan gejala anda.

Doktor anda mungkin akan menjalankan endoskopi jika:

Anda masih merasa sakit pada bahagian abdomen walaupun selepas mengambil ubat selama beberapa minggu atau beberapa bulan

Rasa sakit hilang sekejap tetapi kembali lagi atau bertambah teruk

Apabila menjalankan endoskopi, tiub dengan kamera di dalamnya akan dimasukkan ke dalam mulut anda dan disalurkan ke dalam perut anda untuk menentukan punca kesakitan anda.

5. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meringankan dispepsia?

Ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menolong diri anda berasa lebih sihat:
* Berhenti merokok
* Jaga makan anda – elakkan kopi, teh, minuman bergas, makanan berlemak atau apa-apa sahaja yang boleh memburukkan gejala anda.
* Cuba kurangkan ketegangan jiwa dalam hidup anda.
* Jangan makan sejurus sebelum tidur.

Apabila punca dispepsia tidak ditemui ( dalam 60% kejadian ), penyakit ini disebut Dispepsia Fungsi.
Walau bagaimanapun, Dispepsia Fungsi ini hanya boleh ditentukan dengan pasti melalui diagnosis yang betul oleh doktor.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: