Masalah-masalah biasa Yang Dihadapi Oleh Bayi Yang Baru Lahir



Ketika tempoh beberapa minggu pertama kehidupan bayi, bayi yang sihat boleh turut menghadapi beberapa masalah biasa yang dihadapi oleh bayi-bayi yang lain. Namun, anda boleh menguruskan masalah ini dengan sendirinya. Berikut adalah senarai beberapa masalah biasa yang kerap dialami oleh bayi yang baru lahir dan apa yang patut anda lakukan :



Masalah-masalah biasa dan apa yang patut anda lakukan



Sedu





Sedu adalah perkara biasa yang berlaku selepas penyusuan yang mungkin akan berlarutan sehingga 10 minit. Maka, adalah digalakkan agar anda kerap menyendawakan bayi anda. Bayi mungkin akan menyedut sedikit udara ketika sedang menyusu, dan sedikit udara inilah, akan menyebabkan dia berasa sudah kenyang walaupun dia belum cukup kenyang, sebenarnya. Cuba sendawakan bayi anda selepas setiap penyusuan.



Kembung Perut





in dads hands by danielleanthony


Bayi akan menagis dengan jeritan yang kuat dan dalam keadaan teresak-esak. Selalunya ini terjadi pada bayi yang berusia 1-3 bulan. Punca masalah kembung perut ini masih belum diketahui. Bayi yang mengalami masalah kembung perut ini sukar untuk dipujuk dan anda boleh perhatikan caranya menagis dengan kakinya terangkat-angkat kea rah dadanya.



Mintalah nasihat daripada doctor. Bagi mengurangkan masalah kembung perut ini, anda mesti mengamalkan teknik penyusuan yang betul, kerap sendawakan bayi dan mengenalpasti makanan-makanan yang boleh menyebabkan alahan pada bayi.



Buat teknik massage / sentuhan di bahagian perut dengan menggunakan minyak bayi yang boleh digunakan. Kemungkinan bayi berasa terlalu dingin atau cara pemberian susu dengan botol, penolakakn udara bersama susu yang boleh mengundang rasa tidak selesa bayi.





Muntah / Tumpah susu ( Jeluak )



Muntah susu adalah masalah biasa yang dialami oleh kebanyakkan bayi dan adalah disebabkan oleh pelbagai factor. Bayi yang diberi minum susu yang terlalu banyak akan memuntahkan susunya semula. Faktor-faktor lain termasuklah cara penyediaan susu yang kurang tepat, saiz lubang pada putting susu tidak sesuai dan cara anda memegang botol semasa memberi susu adalah salah, di mana bayi akan cenderung untuk menyedut lebih banyak udara ketika menyusu. Maka, pastikan teknik penyusuan yang digunakan adalah betul. Kerap sendawakan bayi anda. Lambat laun bayi akan kurang memuntahkan susunya semula. Jika bayi anda menyusu dengan sempurna dan berkembang secara normal, anda tidak perlu risau mengenainya.



Namun, jika bayi anda bertukar menjadi biru semasa memuntahkan susunya dengan banyak, sukar untuk bernafas, atau nafas bunyi berdehit atau tercekik dan berat badannya tidak bertambah, maka segeralah berjumpa dengan doctor.



Kulit Kepala Berkerak



Keadaan ini berlaku apabila terdapat selaput yang tebal, berwarna kekuningan dan berkerak di atas kulit kepala bayi. Usah risau, kerana keadaan ini tidak menyakitkan bayi. Anda boleh membuangnya dengan mencuci kulit kepala bayi dengan minyak bayi atau minyak zaitun dan biarkannya selama 10-15 minit, seterusnya, basuh rambutnya dan lap kulit kepala bayi dengan lembut.



Ø Ruam Panas


Pada bayi yang baru lahir, akan kelihatan beberapa tompok merah pada muka , leher dan badan. Namun, anda tidak harus berasa risau kerana keadaan ini akan hilang begitu sahaja tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Jangan sapukan bedak pada kulit bayi, kerana bedak tersebut tidak akan mengeringkannya bahkan debu bedak itu akan merangsang perpeluhan dan ruam akan menjadi bertambah teruk.




Mother and Son by Troy And Naomi


Ø Ruam Lampin


Kulit di sekitar bahagian ari-ari, punggung, sekitar kemaluan akan menjadi merah dan gatal-gatal disebabkan oleh kencing atau najis. Pastikan kulit bayi sentiasa bersih dan kering dengan kerap menukar lampinnya yang telah lembap dan basah. Bersihkan bahagian di sekitarnya dengan air dan gumpalan kapas terutamanya selepas dia membuang air besar. Adalah dinasihatkan agar anda menggunakan lampin yang berkualiti tinggi untuk bayi anda.



Ø Ruam susu


Kadangkala susu yang keluar dari mulut bayi boleh menyebabkan ruam pada bahagian tepi mulutnya, pipi dan dagu. Selepas setiap penyusuan, anda haruslah mengelap mulut dan muka bayi anda dengan kain atau gumpalan kapas yang basah.





Jaundis ( sakit kuning )Susan by Gina Parry Photography



Masalah ini tidak terdapat pada bayi ketika dia lahir, tetapi mula terjadi pada hari kedua atau ketiga dan menjadi semakin teruk pada akhir minggu pertama. Jaundis adalah satu keadaan di mana kulit dan mata putih bayi bertukar menjadi kuning. Warna tersebut sebenarnya terjadi apabila darah terkumpul dalam hati bayi yang belum cukup matang dan hati tersebut tidak berupaya memproses bahan kimia yang berwarna kuning yang dipanggil bilirubin dengan cukup pantas.



Anda harus berjumpa dengan doctor untuk mengetahui tahap keseriusan keadaan jaundis ini. Bayi yang mengidap jaundis yang amat teruk akan dirawat di hospit l, biasanya melalui fototerapi atau proses menukar darah. Jaundis yang tidak begitu teruk adalah tidak merbahaya, biasanya dapat dirawat di rumah dengan meletakkan bayi di tepi tingkap agar kulit bayi dapat disinari dengan cahaya matahari pagi untuk beberapa jam setiap hari.



Sebenarnya, bayi yang menyusu badan akan mneyebabkan masalah jaundis ini bertambah teruk. Bayi akan lambat sembuh dan akan mengidap jaundis untuk beberapa minggu. Namun, jika keadaan jaundis ini tidak begitu teruk, adalah selamat untuk meneruskan penyusuan susu ibu.











About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: