MENGUASAI ASAS-ASAS KEMAHIRAN PENJAGAAN BAYI


“Caring Nurses For You and Your Baby”



Keriangan Membelai Cahayamata anda….



{squish} by Ooh La La Photography



Dalam Episod kali ini saya akan menerangkan tentang penjagaan bayi seharian.


Ada 3 Bab utama asas penjagaan Bayi



Kandungan:-



Bab 1: Menguasai asas-asas kemahiran penjagaan bayi



· Cara memegang bayi



· Tingkah laku dan tindakbalas refleks bayi “ Kemajuan Semulajadi Bayi”


· Penjagaan pangkal tali pusat


· Mandi dan membersihkan bayi


· Amalan pemakanan bayi


· Membuang air besar


· Corak tidur bayi


9 days by k@telyn



· Menangis…apakah ertinya?



A New Addition by makelessnoise



Bab 2: Masalah-masalah biasa yang dihadapi oleh bayi yang baru lahir


· Sedu


· Kembung perut


· Muntah / tumpah susu


· Kulit kepala berkerak


· Ruam


· Jaundis ( sakit kuning )



Bab 3: Perkembangan Awal Bayi


· Perkembangan fizikal


· Perkembangan mental dan social







MENGUASAI ASAS – ASAS KEMAHIRAN PENJAGAAN BAYI


Jika bayi anda merupakan cahayamata pertama, tingkah laku bayi anda pada sekitar minggu pertama mungkin menjadi satu misteri kepada anda. Namun, lambat-laun anda akan mula memahami sikap dan tingkah lakunya. Kebanyakan ibu bapa, terutamanya bapa, berasa gentar untuk memegang bayi yang baru lahir kerana takut bayi akan terlepas dari pegangannya. Jadi , anda haruslah bersikap tenang kerana naluri dan sifat kasih sayang anda terhadap bayi akan menjadi panduan dalam membantu anda mengharungi pengalaman yang baru dan indah ini. Sebenarnya tidak sukar untuk menguasai asas-asas kemahiran penjagaan bayi. Justeru itulah, kami akan membantu anda dalam memberi pelbagai panduan berguna agar anda lebih mahir dan yakin dalam menjaga dan mengasuh anak anda.



Cara Memegang Bayi


Dioni by DavidQ.



Ia merupakan naluri semulajadi seorang ibu untuk mendukung bayinya rapat kea rah tubuh badannya, bercakap dengan lembut sambil merenung wajah dan matanya dengan penuh kasih sayang. Bayi yang baru lahir ini akan berasa lebih selesa apabila dia sentiasa didakap, belay dan dipeluk mesra. Pastikan anda mendakap erat dirinya, terutamanya pada minggu-minggu awal kehidupannya kerana ini akan membuatnya berasa selamat dan selesa ( sama ada dalam pelukan anda, pakaian atau kain selimut).



Jangan berasa takut untuk memegang bayi anda. Dia sebenarnya lebih kuat dari yang anda sangkakan. Yang perlu anda beri perhatian adalah kepalanya yang masih lagi lembut. Sehinggalah dia berusia lebih kurang 4 minggu, bayi tidak berupaya mengawal pergerakkan kepalanya. Jadi, pastikan anda sentiasa menyokong kepalanya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia telah diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya.




Tingkah laku dan tindakbalas refleks bayi “ kemahiran Semulajadi Bayi”



Semua bayi yang baru lahir mempunyai tindakbalas refleks atau tingkah laku semulajadi yang bertujuan untuk melindungi mereka. Tindakbalas refleks ini akan berlaku sehingga bayi dapat belajar dengan sendirinya, iaitu setelah bayi berusia 3 bulan. Ada beberapa jenis tindakbalas refleks yang dapat dilihat dengan jelas sekali.



Kemahiran Semulajadi



Refleks Pelacakan Refleks Penyedutan Refleks Penggenggaman Refleks Kejut / Moro  by amycarol2005  by amycarol2005 In your hands by *Lava*Mel* 20090208_LaurenKay_0006 by TMac_79











Jika anda menyentuh pipi bayi dengan hujung jari anda, dia akan memalingkan kepalanya kea rah rangsangan ini dan mulutnya juga akan turut terbuka. Refleks ini memberi panduan kepada bayi untuk memudahkannya mencari puting payudara anda untuk memulakan penyusuan.


Setiap bayi yang baru dilahirkan mempunyai keupayaan untuk menghisap. Bayi akan cuba menghisap apabila sesuatu cuba dimasukkan ke dalam mulutnya atau jika anda cuba menyentuh lelangitnya dengan hujung jari anda.


Bayi yang baru lahir akan mengenggam dengan kuat apabila sesuatu diletakkan di tapak tangannya secara automatic. Jika anda cuba menyentuh kakinya pula, dia turut membalas seperti mahu menggenggam sesuatu.


Sebagai tindakbalas terhadap bunyi yang kuat atau hentakan yang mengejut, kedua-dua belah kaki bayi akan terangkat dan kedua-dua belah tangannya akan turut terlempar kea rah sisi badannya. Jika ini terjadi, dakaplah bayi dengan erat agar dia berasa selamat dan selesa.










Penjagaan Pangkal Tali Pusat



Pangkal tali pusat akan kering dan tertanggal 1-3 minggu selepas bayi lahir. Anda harus memastikan bahagian tersebut sentiasa bersih dan kering. Anda mungkin dinasihatkan untuk hanya mengelap pangkal tali pusat tersebut dengan lembut iaitu dengan menggunakan ubat antiseptic dan kapas yang bersih. Anda tidak perlu menunggu hingga pangkal tali pusat itu tertanggal untuk memandikannya, asalkan anda sentiasa memastikan kawasan tersebut benar-benar telah dikeringkan sebaik sahaja anda selesai memandikannya.



Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doctor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.








Mandi dan membersihkan bayi



Sebahagian daripada rutin harian anda ialah memastikan bayi anda sentiasa bersih. Dengan badannya yang masih kecil dan kelihatan halus dan lemah, pastinya pengalaman memandikan bayi buat pertama kalinya merupakan sesuatu yang mencabar. Namun, jika anda cuba memperuntukkan masa selama stengah jam, menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan dengan lebih awal dan cuba bertenang, anda mungkin berasa seronok melakukannya. Lambat laun, ia akan menjadi rutin yang begitu mudah dan anda berasa amat yakin dan tidak kekok untuk melakukannya lagi.



Panduan memandikan bayi: cold, bright world by littleadehla














1. Seelok-eloknya gunakan sebuah besen kecil. Sebelum meletakkan bayi di dalam air, periksa suhu air dengan siku anda. Ia tidak seharusnya terlalu panas atau terlalu sejuk.


2. Kesemua kelengkapan untuk mandi hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dicapai seperti:


· Sabun dan syampu bayi


· Sehelai kain untuk mengelap bayi


· Gumpalan kapas yang bersih untuk membersihkan mata bayi


· Sehelai tuala


· Pakaian dan lampin yang bersih


3.Pastikan bilik mandi atau bilik anda sentiasa hangat. Tutup semua tingkap untuk mengelakkan tiupan angina yang kuat.


Tanggalkan semua pakaiannya dan balutkannya dengan tuala.


4. Cuci mata dan basuh mukanya terlebih dahulu.


Celupkan gumpalan kapas di dalam air suam yang telah dimasak dan bersihkan kedua-dua belah matanya. Dengan lembut, usaplah mata bayi anda bermula dari bahagian sebelah hidung kearah bahagian pinggir luar mata.


Kemudian, gunakan gumpalan kapas bersih yang lain untuk mencuci mukanya.


5.Seterusnya basuh rambut bayi. Gunakan tapak tangan anda untuk menyokong kepala dan bahagian bahu bayi. Rapatkan kepalanya dengan air mandi. Dengan lembut, cedokkan air mandi ke atas kulit kepala bayi dengan tangan anda.


Tuangkan sedikit syampu tanpa pewangi atau sabun bayi dan bilas dengan bersih. Pastikan rambutnya dikeringkan dengan baik.



Photo_547.jpg bathing baby image by cutelezah23 Dana 062 by Clearwaterphoto  by littleadehla













6. Seterusnya tanggalkan tuala. Pangku bayi anda dengan menggunakan lengan. Pegang bahagian atas lengannya dengan ibu jari dan jari telunjuk anda. Sebenarnya, cara pegangan ini adalah untuk memastikan anda masih dapat memegang lengan bayi sekiranya bayi terlepas dari lengan anda.


7. Letakkan bayi dalam posisi separuh tegak agar bahagian bawah tubuhnya terendam di dalam air dan pastikan kepala serta bahuya tidak berada di dalam air.


Gunakan tangan anda untuk membersihkan bayi. Mulakan dengan bahagian tubuh yang paling bersih kepada yang paling kotor. Berbual-bual dan senyum dengannya ketika memandikannya.


8. Setelah bayi anda benar-benar bersih, pastikan anda sentiasa menyokong bahagian lehernya dan letakkan tangan anda di bawah punggungnya dan dengan perlahan-lahan angkat bayi anda dan balutkannya dengan tuala . Keringkannya dengan lembut.


9. Anda harus mengeringkan kawasan sekitar pangkal tali pusatnya dengan baik. Kemudian cuci pangkal tali pusat dengan ubat antiseptic atau alcohol /spirit. Biarkan kawasan sekitar pangkal tali pusat terdedah dan elakkannya dari tergesel dengan kain lampin dengan memakaikan lampin di bawah pangkal tali pusat tersebut.








Amalan Pemakanan Bayi



Ingatlah bahawa asas atau tujuan pertama yang perlu anda ingat mengenai pemberian makanan kepada bayi adalah untuk memastikan yang bayi anda mendapat segala khasiat makanan yang diperlukan dan sentiasa sihat. Susu ibu merupakan makanan unggul untuk bayi. Namun, jika anda tidak dapat melakukannya atas sebarang alas an sekalipun, anda boleh memberinya susu melalui susu botol. Jangan berasa bersalah sekiranya anda telah membuat keputusan untuk memberinya susu botol, kerana apa jua pilihan anda samada menyusu badan atau menyusu botol adalah hak peribadi anda sendiri. Asalkan anda selesa dan yakin tentang pilihan anda, pengalaman memberi bayi anda makan adalah satu perkara yang amat inda dan membahagiakan.




Pilihan peribadi anda…..



Penyusuan susu ibu



Penyusuan susu ibu adalah suatu anugerah alam semulajadi dan memang tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah sumber makanan yang terbaik bagi bayi. Malah, ia bukan sahaja mengandungi khasiat pemakanan yang sempurna untuk bayi, bahkan ia juga dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit dan mengukuhkan jalinan kasih sayang antra ibu dan anak. Ini semua adalah amat penting untuk perkembangan psikologi bayi yang sihat. Kandungan susu ibu pula berubah setiap hari mengikut keperluan bayi, sejajar dengan perkembangan dan tumbesarannya.









Susu Ibu


Apabila anda memangku bayi anda dan sebaik sahaja mulutnya melekap di sekeliling kawasan puting payudara (areola), bayi pun akan mula menyusu. Merujuk kepada gambarajah disebelah, anda dapat melihat yang mulut bayi anda seakan-akan memicit di kawasan pengumpulan susu tersebut ketika menghisap susu badan anda. Ini akan membolehkan putting payudara anda menjadi panjang sedikit dan susu akan mengalir keluar.


breastfeedingbaby.jpg Breastfeeding image by Positivemom breast2.jpg breastfeeding image by nina_stoj




<I style=”mso-bidi-font-style: normal” body

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: